Images
  • terror msia
    Kesemua suspek diberkas dalam operasi yang dijalankan di tujuh negeri dari 11 hingga 31 Ogos. (Gambar: E8)

10 suspek pengganas ditahan polis; rancang serang Melaka, Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia menangkap 10 orang yang disyaki pengganas, termasuk lima orang yang didakwa merancang serangan di Melaka dan Pulau Pinang.

Pasukan anti pengganasan menjalankan beberapa serbuan ke atas dua sel pengganas, antara 11 hingga 31 Ogos lalu.

Menurut polis Malaysia, salah seorang yang ditahan merancang menyerang pusat-pusat hiburan di Melaka.

Lima suspek yang ditangkap berusia antara 39 hingga 53 tahun dan menjadi anggota sel diberi nama Asoib (Pemuda dari Timur).

Mereka merancang bergabung dengan sebuah lagi sel dari negara Timur Tengah, Ar Rayah, untuk menyerang sebuah negara berdekatan.

Ketua Polis Malaysia, Mohd Fuzi Haron berkata, salah seorang daripada mereka sudahpun berlepas ke negara Timur Tengah itu bagi membuat persiapan.

Lima lagi lelaki, termasuk seorang warga asing dari sel pengganas Ar Rayah, pula mengumpulkan wang untuk membeli senjata dan peluru.

Lima butir bom asap juga dirampas dalam operasi yang dijalankan di Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang itu.

Sejak beberapa tahun lalu, ratusan orang ditangkap di Malaysia kerana kaitan mereka dengan kumpulan pengganas. 

- CNA/AA/ai

Top