10 dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di Pulau Pinang
Seramai 10 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di Pulau Pinang hari ini (19 Okt).
GEORGE TOWN: Seramai 10 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di Pulau Pinang hari ini (19 Okt).
Kejadian yang berlaku pada pukul 1.56 tengah hari di kawasan tapak pembinaan jalan raya berkembar dari Paya Terubong menghala ke Relau itu menyebabkan empat kontena tertimbus.
"Maklumat awal terdapat 10 orang mangsa yang tertimbus... kawasan runtuhan dianggar 500 x 200 kaki (152.4 x 60.96 meter)," menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang melalui kiriman WhatsApp hari ini (19 Okt).
Sementara itu, menurut kiriman Whatsapp daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kepada media hari ini (19 Okt), tiga orang maut manakala 12 lagi hilang akibat kejadian tanah runtuh itu.
Pengerusi Jawankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dijangka ke kawasan runtuhan selepas mesyuarat exco kerajaan negeri yang sedang berlangsung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.