Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 8 cedera selepas van rempuh jemaah masjid London

Pemandu lelaki itu yang berusia 48 tahun "ditahan orang ramai di tempat kejadian dan kemudian ditangkap pihak polis," menurut satu kenyataan polis.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 8 cedera selepas van rempuh jemaah masjid London

Para penyiasat forensik melakukan siasatan di tempat kejadian. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 02:45PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 02:46PM

LONDON: Seorang lelaki terbunuh dan lapan orang dimasukkan ke hospital apabila sebuah van merempuh para pejalan kaki di sebuah masjid di utara London dalam satu insiden yang kini sedang disiasat para pegawai anti-pengganasan, menurut pihak polis hari ini (19 Jun).

Pemandu lelaki itu yang berusia 48 tahun "ditahan orang ramai di tempat kejadian dan kemudian ditangkap pihak polis," menurut satu kenyataan polis.

Perdana Menteri Britain Theresa May berkata insiden itu dianggap polis sebagai satu kes yang berpotensi serangan pengganas.

Sekumpulan lelaki Muslim dilihat sedang bersembahyang di tepi jalan berdekatan. Laluan trafik ditutup sepanjang satu kilometer di Seven Sisters Road.

Datuk Bandar London Sadiq Khan berkata insiden berbaur perkauman meningkat 40 peratus di bandar berkenaan dan jumlah insiden anti-Muslim naik empat kali ganda menyusuli serangan itu.

Di laman Facebooknya, Khan menggesa semua penduduk London "supaya bersatu dan memberi respons jelas kepada seluruh dunia bahawa bandar itu tidak akan berpecah belah semata-mata kerana beberapa individu yang kejam dan ingin memusnahkan cara kehidupan mereka.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan