Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1.24 juta penduduk India maut akibat pencemaran udara pada 2017

Masalah pencemaran udara di India pada 2017 menyaksikan 1.24 juta penduduk terkorban, selain mengurangkan purata jangka hayat sebanyak 1.7 tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
1.24 juta penduduk India maut akibat pencemaran udara pada 2017

1.24 juta penduduk India maut akibat pencemaran udara pada 2017. (Gambar: Dominique Faget/AFP)

Diterbitkan : 07 Dec 2018 04:48PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 04:51PM

NEW DELHI: Masalah pencemaran udara di India pada 2017 menyaksikan 1.24 juta penduduk terkorban, selain mengurangkan purata jangka hayat sebanyak 1.7 tahun. 

Menurut hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Lancet Planetary Health pada Khamis (6 Dis), 51.4 peratus daripada kematian adalah dalam kalangan mereka yang lebih muda dan berusia di bawah 70 tahun.

New Delhi adalah bandar paling teruk tercemar dengan mencatat bacaan partikulat (PM2.5) yang tinggi, diikuti oleh Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana di utara India.

"Pencemaran itu termasuk 0.67 juta pencemaran bahan partikel ambien (luar) dan 0.48 juta pencemaran udara isi rumah," menurut kajian berkenaan.

Penyumbang utama pencemaran antaranya disebabkan oleh pembakaran arang batu, pelepasan sisa industri, kegiatan pembinaan, asap kenderaan, habuk jalan dan pembakaran terbuka.

Pencemaran udara juga menyebabkan India mempunyai kadar kematian  dan penyakit tidak seimbang yang tinggi.

Pada awal tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa 14 bandar raya di India dikategorikan sebagai paling tercemar di dunia. 

WHO menyatakan dalam tempoh setahun, pencemaran udara membunuh kira-kira tujuh juta orang. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan