Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

VTL darat SG-M'sia: Naik kereta api satu 'kemungkinan'; kenderaan privet perlu 'sedikit masa'

Ia akan mengambil "sedikit masa" sebelum kenderaan-kenderaan privet dibenarkan untuk menyeberangi antara Singapura dengan Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
VTL darat SG-M'sia: Naik kereta api satu 'kemungkinan'; kenderaan privet perlu 'sedikit masa'

Gambar: Facebook/MTI

Diterbitkan : 24 Nov 2021 09:06PM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 09:08PM

SINGAPURA: Ia akan mengambil "sedikit masa" sebelum kenderaan-kenderaan privet dibenarkan untuk menyeberangi antara Singapura dengan Malaysia.

Ia juga satu "kemungkinan" untuk membolehkan perjalanan menaiki kereta api di bawah aturan Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL), kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Gan Kim Yong hari ini (24 Nov).

Bercakap kepada para wartawan selepas pengumuman VTL darat Singapura-Malaysia, Encik Gan berkata langkah VTL seterusnya mungkin melibatkan perjalanan dengan menaiki kereta api untuk merentasi antara kedua-dua negara.

"Kami mulakan dengan khidmat-khidmat bas kerana seperti anda dapat bayangkan, bas lebih mudah dikendalikan, kapasiti lebih mudah diuruskan dan terdapat sistem tempahan untuk khidmat bas. Oleh itu kita boleh memutuskan berapa ramai orang boleh dibenarkan untuk melakukan perjalanan berdasarkan bilangan bas," jelas beliau.

"Manakala, langkah seterusnya mungkin untuk kami meneliti kemungkinan membenarkan khidmat kereta api antara Singapura dengan Malaysia untuk memanfaatkan akses darat menerusi VTL agar rakyat Singapura dan Malaysia boleh menaiki kereta api untuk melakukan perjalanan. Tapi kedua-duanya, bas dan kereta api, adalah lebih mudah untuk diuruskan kerana...kapasitinya tetap."

Encik Gan menambah ia akan "mengambil sedikit masa" sebelum kenderaan-kenderaan privet dibenarkan untuk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara.

"Sekiranya kami melakukan sedemikian, akan ada sistem tempahan atau sistem pendaftaran supaya kami boleh tahu berapa ramai orang yang melakukan perjalanan setiap hari. Jadi, saya rasa sistem tersebut harus dilaksanakan terlebih dahulu," kata beliau.

"Tumpuan sekarang ini adalah kepada khidmat-khidmat bas, langkah seterusnya mungkin khidmat kereta api pula antara kedua-dua negara."

Encik Gan berkata beliau sudah berbincang dengan Menteri Kanan Malaysia bagi Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan Mohamed Azmin Ali.

KUOTA AKAN DISEMAK SEMULA SETIAP MINGGU

Encik Gan juga berkata bahawa kuota harian pelawat bagi VTL darat akan disemak semula setiap minggu oleh Singapura dan Malaysia untuk melihat sama ada terdapat ruang untuk menambah kapasitinya.

"Kami juga berbincang bahawa ia tidak mungkin untuk kembali seperti keadaan sebelum pandemik di mana lebih 100,000 orang yang menyeberangi Koswe setiap hari," tambah Encik Gan.

"Jadi, saya rasa ia akan mengambil sedikit masa sebelum kita boleh sampai ke tahap itu.

"Buat jangka pendek ini, tumpuannya adalah untuk terus memantau situasi jangkitan - iaitu kedua-dua negara kekal stabil - barulah akan terdapat lebih banyak ruang untuk kita membuka laluan perjalanan secara bertahap-tahap kepada lebih ramai lagi orang, termasuk mereka yang bukan rakyat, buka PR dan bukan pemegang pas jangka panjang agar lebih ramai orang daripada profil berbeza juga boleh melakukan perjalanan, memanfaatkan laluan perjalanan ini." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan