Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Young pemain keenam Inter Milan disah positif COVID-19

Pemain Inter Milan, Ashley Young diuji positif Covid-19, umum kelab Serie A itu pada Ahad (11 Okt), menjadikannya pemain keenam skuad mereka yang dijangkiti sepanjang minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Young pemain keenam Inter Milan disah positif COVID-19

Pemain Inter Milan, Ashley Young semasa perlawanan pada 30 Sept 2020 (Gambar: REUTERS/Ciro De Luca)

Diterbitkan : 11 Oct 2020 09:00PM Dikemas Kini : 11 Oct 2020 09:08PM

MILAN: Pemain Inter Milan, Ashley Young diuji positif Covid-19, umum kelab Serie A itu pada Ahad (11 Okt), menjadikannya pemain keenam skuad mereka yang dijangkiti sepanjang minggu lalu.

Inter menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pemain Inggeris itu, menjalani kuarantin di rumah.

Pemain tengah Roberto Gagliardini dan Radja Nainggolan juga diuji positif semasa ujian yang dilakukan di tapak latihan Inter minggu ini.

Pemain pertahanan, Alessandro Bastoni dan Milan Skriniar masing-masing diuji positif ketika bersama pasukan bawah 21 tahun Itali dan Slovakia.

Di bawah peraturan Serie A, pemain yang diuji positif perlu menjalani kuarantin selama 14 hari, yang mungkin menyebabkan Inter benar-benar kekurangan bakat bagi perlawanan mereka menentang AC Milan pada 17 Oktober.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan