Yip Pin Xiu menang pingat emas pertama S'pura di Kejohanan Renang Para Dunia 2019
Perenang negara, Yip Pin Xiu, meraih pingat emas yang pertama bagi Singapura dalam acara 100 meter kuak lentang S2 wanita di Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Rabu (11 Sep).
SINGAPURA: Perenang negara, Yip Pin Xiu, meraih pingat emas yang pertama bagi Singapura dalam acara 100 meter kuak lentang S2 wanita di Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Rabu (11 Sep).
Yip menamatkan perlumbaan itu 20 saat lebih pantas daripada perenang yang menduduki tempat kedua, Aly Van Wyck-Smart dari Kanada, dalam acara yang berlangsung di London, menurut Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) dalam kenyataan medianya hari ini (12 Sep).
Beliau mencatatkan masa 2 minit 18.61 saat manakala Van Wyck-Smart pula mencatatkan masa 2 minit 39.27 saat. dan Angela Procida, dari Itali, yang menduduki tempat ketiga mencatatkan masa 2 minit 42.71 saat.
"Saya sudah berenang selama 15 tahun tetapi kemenangan ini amat istimewa buat saya dan merupakan satu pengiktirafan bagi kerja keras saya," kata Yip sambil melahirkan rasa bangga atas pencapaiannya.
Acara ini merupakan salah satu daripada dua perlumbaan yang ditandingi Yip. Perlumbaan kedua, iaitu acara kuak lentang 50 meter, akan berlangsung pada Jumaat (13 Sep).
Atlit-atlit negara seperti Sophie Soon Jin Wen dan Toh Wei Soong juga akan mewakili Singapura dalam masa beberapa hari akan datang di temasya sukan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.