Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Woods buru major ke-16, ranking terbaik dunia

Tiger Woods memulakan misinya untuk merangkul gelaran major ke-16 dan kemungkinan kembali ke kedudukan nombor satu dunia, dengan pusingan latihan Kejuaraan PGA berlangsung dalam cuaca hujan dan sejuk pada Isnin (13 Mei),

Anggaran Waktu Membaca:
Woods buru major ke-16, ranking terbaik dunia

Gambar fail Tiger Woods beraksi di satu kejohanan golf di Amerika Syarikat.

Diterbitkan : 14 May 2019 09:35AM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:38AM

BETHPAGE, AMERIKA SYARIKAT: Tiger Woods memulakan misinya untuk merangkul gelaran major ke-16 dan kemungkinan kembali ke kedudukan nombor satu dunia, dengan pusingan latihan Kejuaraan PGA berlangsung dalam cuaca hujan dan sejuk pada Isnin (13 Mei),

Pemain Amerika Syarikat berumur 43 tahun itu yang menamatkan kemarau 11 tahun apabila memenangi Masters bulan lalu, bermain sembilan lubang di Bethpage Black dalam masa kurang dua jam setengah menjelang kejohanan major keduanya tahun ini.

“Saya rasa baik sekali,” kata Woods kepada Golfweek. “Ada beberapa hari lagi untuk berusaha dan saya sudah bersedia untuk ke sana.”

Woods berharap dapat merapatkan jurang rekod sepanjang zaman 18 gelaran major yang dikumpul Jack Nicklaus dan meraih gelaran Kejuaraan PGA kelimanya, untuk menyamai rekod Nicklaus dan Walter Hagen.

“Untuk menyamai rekod Hagen dan Nicklaus dengan lima kemenangan akan menjadi pencapaian yang sangat istimewa,” katanya.

Kemenangan di kejohanan itu akan membolehkan Woods menyamai rekod gelaran PGA Amerika Syarikat sepanjang zaman dipegang Sam Snead sebanyak 82 kejuaraan.

Woods, yang kerjayanya terganggu berikutan kecederaan belakang berulang sebelum melakukan pembedahan pada tahun 2017, memenangi Terbuka AS 2002 di Bethpage Black dan berkongsi di kedudukan keenam pada Terbuka AS 2009, tetapi kedua-dua kejohanan itu berlangsung pada pertengahan tahun dengan cuaca lebih panas.

Kejuaraan PGA kali ini adalah yang pertama sejak 1948 diadakan pada Mei selepas acara itu dianjak dari bulan Ogos.

Woods menjalani latihan sebanyak empat kali seminggu, termasuk sesi 18 lubang di Long Island Rabu lalu, dua hari selepas menerima Pingat Kebebasan Presiden di Rumah Putih. 

Sumber : AFP/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan