Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

West Ham naik tangga ke-5 selepas benam Leeds

Pasukan Hammers memulakan perlawanan dengan hambar selepas ketinggalan satu gol melalui tendangan penalti Leeds yang disempurnakan oleh Mateusz Klich. 

Anggaran Waktu Membaca:
West Ham naik tangga ke-5 selepas benam Leeds

Gol kemenangan West Ham dijaringkan Angelo Ogbonna. (Gambar: AFP/JASON CAIRNDUFF)

Diterbitkan : 12 Dec 2020 08:00AM Dikemas Kini : 12 Dec 2020 08:02AM

LEEDS: Pemain pertahanan West Ham Angelo Ogbonna menanduk gol kemenangan pasukannya untuk bangkit dan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Leeds United, sekali gus melompat ke tangga kelima Liga Perdana England (EPL) pada Jumaat (11 Dis).

Pasukan Hammers memulakan perlawanan dengan hambar selepas ketinggalan satu gol melalui tendangan penalti Leeds yang disempurnakan oleh Mateusz Klich.

Hammers, yang dikendalikan oleh David Moyes, kemudian bangkit dengan menjaringkan dua gol melalui tendangan sudut dan tendangan percuma yang gagal dipertahankan oleh Leeds.

Kemenangan itu meletakkan West Ham hanya satu mata di belakang empat pasukan teratas EPL.

Tomas Soucek menyamakan kedudukan selepas menanduk bola daripada tendangan sudut Jarrod Bowen.

Penjaga gawang Leeds, Illan Meslier, malangnya gagal menyelamatkan tandukan tersebut.

Jaringan yang membawa kemenangan dirintis melalui tendangan percuma Aaron Cresswell yang kali ini ditanduk pula oleh Ogbonna 11 minit sebelum wisel penamat ditiupkan.

Kekalahan keempat daripada enam perlawanan meletakkan Leeds di tangga ke-14 dalam musim pertama pasukan itu di EPL selepas 16 tahun.

Leeds bagaimanapun masih boleh menghela nafas lega kerana pasukan itu mempunyai kelebihan lapan mata berbanding tiga pasukan paling corot liga. 

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan