Images
  • west ham united fans
    Gambar: AFP

West Ham didenda UEFA, penyokong diharamkan ke Vienna

LONDON: West Ham mengesahkan bahawa pasukan itu dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan para penyokongnya tidak dibenarkan menghadiri perlawanan Liga Europa menentang Rapid Vienna, lapor Reuters.

Ini selepas sebilangan penyokong kelab tersebut memasuki stadium tanpa tiket dan membuat kacau sewaktu berkunjung ke Genk bagi perlawanan Liga Europa pada 4 November lalu di mana perlawanan tersebut berakhir 2-2.

Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin UEFA, menurut Reuters, mengenakan dua denda berjumlah keseluruhan €34,500 ke atas kelab berkenaan selepas didapati melanggar Artikel 162(2)(h) Undang-Undang Disiplin UEFA yang berkaitan dengan gangguan daripada penyokong dan Artikel 16(2)(b) berhubung objek yang dilemparkan ke arah penyokong pasukan pelawat.

- REUTERS/SM/sm

Top