Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wenger lega selepas Arsenal tewaskan AC Milan 2-0

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger jelas lega selepas pasukannya menewaskan AC Milan 2-0 dalam saingan peringkat pertama 16 pasukan terakhir Liga Eropah semalam (8 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Wenger lega selepas Arsenal tewaskan AC Milan 2-0

Jack Wilshere dan Ricardo Rodriguz cuba merampas bola dalam perlawanan Liga Eropah. (Gambar: ANTONIO CALANNI/AP PHOTO)

Diterbitkan : 09 Mar 2018 09:33AM Dikemas Kini : 09 Mar 2018 09:39AM

PARIS: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger jelas lega selepas pasukannya menewaskan AC Milan 2-0 dalam saingan peringkat pertama 16 pasukan terakhir Liga Eropah semalam (8 Mac).

Arsenal memulakan aksi dengan baik di San Siro tetapi bernasib baik apabila penyerang AC Milan, Hakan Calhanoglou tidak terjatuh meskipun dia dikasari penjaga gol Gunners, David Ospina di dalam kotak penalti.

Tidak lama kemudian, Arsenal memecahkan kebuntuan apabila Mesut Ozil membuat hantaran kepada Mkhitaryan dan rembatannya gagal diselamatkan penjaga gawang tuan rumah Gianluigi Donnarumma.

Arsenal terus menguasai perlawanan selepas jaringan itu dengan percubaan Calum Chambers dan Danny Welbeck dinafikan oleh Donnarumma sebelum tendangan Mkhitaryan pula terkena palang gol.

Namun, Arsenal berjaya menambah gol sebelum tamat separuh pertama menerusi Ramsey yang menerima hantaran Ozil.

Meskipun AC Milan menunjukkan persembahan yang lebih baik pada separuh kedua, ia gagal untuk menembusi benteng Ospina. 

Keputusan perlawanan 16 pasukan terakhir Liga Eropah:

AC Milan (ITA) 0 Arsenal (ENG) 2
Atletico Madrid (ESP) 3 Lokomotiv Moscow (RUS) 0
CSKA Moscow (RUS) 0 Lyon (FRA) 1
Borussia Dortmund (GER) 1 Salzburg (AUT) 2
Lazio (ITA) 2 Dynamo Kiev (UKR) 2
Marseille (FRA) 3 Athletic Bilbao (ESP) 1
RB Leipzig (GER) 2 Zenit St Petersburg (RUS) 1
Sporting Lisbon (POR) 2 Viktoria Plzen (CZE) 0

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan