Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wayne Rooney kecewa terpaksa tunggu hingga Januari untuk beraksi dengan Derby County

Wayne Rooney mengakui berasa kecewa kerana terpaksa menunggu sehingga Januari untuk beraksi bersama pasukan Divisyen Satu, Derby County.

Anggaran Waktu Membaca:
Wayne Rooney kecewa terpaksa tunggu hingga Januari untuk beraksi dengan Derby County

Wayne Rooney. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 09:54AM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 10:02AM

LONDON: Wayne Rooney mengakui berasa kecewa kerana terpaksa menunggu sehingga Januari untuk beraksi bersama pasukan Divisyen Satu, Derby County.

Bekas kapten Manchester United dan England itu tidak dibenarkan membuat penampilan sulung bersama pasukan bergelar The Rams sehingga Januari selepas menandatangani kontrak selama 18 bulan sejak meninggalkan kelab Liga Bola Sepak Utama Amerika (MLS), DC United.

Kunjungan Barnsley ke Pride Park pada 2 Januari akan menjadi penampilan sulung Rooney tetapi katanya, beliau sudah bersiap sedia untuk turun padang.

"Sudah tentu ia mengecewakan apabila menjalani latihan sepanjang minggu tetapi tidak dibenarkan bermain,” kata pemain berusia 34 tahun itu yang turut menyandang jawatan sebagai jurulatih.

“Latihan sebelum hari perlawanan adalah hari yang paling teruk sebagai pemain dan mereka tidak banyak melakukan perkara lain selain berlatih bersama jurulatih kecergasan, dan ia langsung tidak menyeronokkan.

“Ia mengecewakan kerana saya sudah bersedia untuk bermain. Saya hanya perlu meningkatkan kecergasan saya dan memperbaiki aspek-aspek lain (sejak meninggalkan Amerika) dan jika perlawanan itu esok, saya sudah bersedia.”

Derby akan mengharungi empat perlawanan liga sebelum Rooney dibenarkan bermain. Dalam tempoh berkenaan, beliau berharap skuad kendalian Phillip Cocu boleh merapatkan jurang lapan mata antara pasukan itu dengan pasukan-pasukan yang menduduki antara enam tangga teratas liga.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan