Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Watford kelab EPL terbaru tangguh bayaran gaji pemain

Watford menjadi pasukan terbaru Liga Perdana yang bersetuju dengan pelan penangguhan gaji bersama pemain bagi membantu menangani krisis ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Watford kelab EPL terbaru tangguh bayaran gaji pemain

Ketua Pegawai Eksekutif Watford, Scott Duxbury.

Diterbitkan : 23 Apr 2020 03:23PM Dikemas Kini : 23 Apr 2020 03:25PM

LONDON: Watford menjadi pasukan terbaru Liga Perdana yang bersetuju dengan pelan penangguhan gaji bersama pemain bagi membantu menangani krisis ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.

Southampton, West Ham dan Sheffield United juga bersetuju dengan penangguhan itu manakala pemain Arsenal menerima potongan 12.5 peratus gaji selama setahun.

Liga Perdana itu bimbang kegagalan menamatkan musim akan menyebabkan kelab bakal kerugian kira-kira £1 bilion pound (S$1.8 bilion).

“Ia menunjukkan perpaduan kami dan kami tahu para penyokong dan masyarakat Watford yang lain akan menghargainya, dan ia menunjukkan kesedaran diperlukan setiap orang untuk saling bekerjasama dalam tempoh mencabar ini,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Watford, Scott Duxbury.

“Kami bangga para pemain mengambil langkah ini. Mereka sedar bahawa mereka perlu memainkan peranan dan tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk kebaikan keseluruhan kelab.”

Hornets menduduki tangga ke-17 Liga Perdana, di luar zon penyingkiran berdasarkan perbezaan gol apabila perlawanan ditangguhkan kerana krisis kesihatan umum.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan