Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Warriors FC didakwa tidak bayar gaji kakitangan, pemain lebih S$350,000

Sebuah kelab bolasepak tempatan hari ini (7 Nov) dikenakan 107 tuduhan tidak membayar gaji lebih 30 kakitangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Warriors FC didakwa tidak bayar gaji kakitangan, pemain lebih S$350,000

(Gambar: Facebook/Warriors Football Club)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 02:53PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 02:54PM

SINGAPURA: Sebuah kelab bolasepak tempatan hari ini (7 Nov) dikenakan 107 tuduhan tidak membayar gaji lebih 30 kakitangan.

Warriors Football Club, kelab bolasepak profesional yang bermain dalam pertandingan peringkat tertinggi Liga Perdana Singapura, dituduh gagal membayar gaji lebih S$350,000 kepada kira-kira 30 kakitangan termasuk para pemain, jurulatih sukan dan kakitangan sokongan.

Menurut kertas tuduhan, kelab itu gagal melunaskan bayaran pada 8 Ogos, 8 September dan 8 Oktober tahun ini.

Jumlah gaji dipercayai tidak dibayar itu adalah antara S$300 kepada Muhammad Danial Borhanudin hingga S$10,000 kepada Jonathan Henri Desire William Behe, pemain bolasepak warga Perancis yang merupakan pemain penyerang pasukan Warriors FC.

Seorang wakil kelab akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 Disember bagi perbicaraan lanjut kes itu.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyatakan dalam satu kenyataan pada 10 Julai lalu, ia "amat prihatin" dengan cara Warriors FC mengendalikan subsidi kewangannya.

Pada masa itu, FAS menyatakan ia membuat bayaran sumbangan CPF bulanan kepada para kakitangan dan pemain kelab berkenaan secara langsung ke Lembaga CPF sejak Mac 2019, sementara menantikan "penyelesaian boleh diterima berhubung keprihatinan ditimbulkan."

Jumlah berkenaan adalah daripada subsidi bulanan kepada kelab itu.

FAS menyatakan dalam kenyataan tambahan pada 30 Ogos bahawa ia mengarahkan kelab itu untuk melepaskan pengurus besar dan setiausaha kehormatnya, Paul Poh Por Chuan daripada pelantikannya secara serta merta.

"Arahan itu diberikan selepas FAS mendapati kesilapan serius dan berulang yang gagal diperbetulkan oleh Warriors FC dan mengambil kira juta kepentingan para pemain dan kakitangan di Warriors FC," menurut FAS.

Dalam kenyataan itu, FAS menyatakan kelab itu gagal membuat bayaran bulanan CPF para kakitangan dan pemainnya sejak Januari tahun ini.

Denda bagi kegagalan membayar gaji pekerja adalah antara S$3,000 dengan S$15,000.

Mediacorp sudahpun menghubungi FAS untuk maklumat lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan