Images
  • neymar
    Neymar. (Gambar: AFP) 

Wanita yang tuduh diperkosa Neymar hadapi dakwaan peras ugut

SAO PAULO, BRAZIL: Polis Sao Paulo, Brazil, pada Selasa (10 Sep) menyatakan pihaknya sudahpun mengajukan tuntutan terhadap seorang wanita, yang menuduh bintang sepak bola Neymar memperkosanya, bahawa dia melakukan penipuan, pemerasan dan fitnah.

Tindakan polis itu boleh membawa kepada satu kelegaan besar buat pemain penyerang Paris Saint Germain itu.

Bekas kapten pasukan Brazil itu dituduh memperkosa Najila Trindade di sebuah bilik hotel di Paris pada Mei tetapi ia difahamkan hubungan itu berlaku kerana ada persetujuan. Bagaimanapun, para pendakwa pada Ogos lalu menggugurkan kes terhadap Neymar kerana mendapati kekurangan bahan bukti.

BBC melaporkan peguam Trindade berkata anak guamnya menolak dakwaan tersebut.

Kontroversi itu menarik perhatian seluruh dunia dan membuat Neymar pusing kepala mengenai masalah penajaan selain menjejas kerjaya antarabangsanya.

Bekas pemain penyerang Barcelona dan Santos itu seringkali membantah tuduhan terhadap dirinya dan mengongsikan perbualan peribadi serta gambar yang menggandingkan beliau bersama Trindade. 

- REUTERS/FZ/fz

Top