Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wanita hadapi 87% penganiayaan media sosial dalam kajian Sukan Olimpik Tokyo

Wanita menjadi mangsa 87 peratus penganiayaan media sosial yang dihadapi sekumpulan atlit sampel yang dikaji sewaktu Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hadapi 87% penganiayaan media sosial dalam kajian Sukan Olimpik Tokyo

Gambar: AFP

Diterbitkan : 26 Nov 2021 10:02AM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 10:10AM

TOKYO: Wanita menjadi mangsa 87 peratus penganiayaan media sosial yang dihadapi sekumpulan atlit sampel yang dikaji sewaktu Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Demikian menurut kajian World Athletics yang diterbitkan pada Khamis (25 Nov).

Kajian itu, yang dijalankan bersama syarikat sains data Signify Group, mendapati bahawa penganiayaan termasuk yang berbaur jantina dan kaum serta kandungan transfobik dan homofobik selain dakwaan tidak berasas mengambil dadah.

Kajian itu merangkumi sampel 161 akaun Twitter para atlit dan bekas atlit (81 wanita, 80 lelaki) yang terlibat dalam Sukan Olimpik Tokyo berdasarkan senarai 200 atlit yang dipilih oleh World Athletics.

Daripada 23 atlit yang menjadi mangsa penganiayaan menerusi catatan-catatan yang dikenal pasti kajian itu, 16 adalah wanita manakala 63 peratus penganiayaan secara keseluruhannya disasarkan kepada dua atlit wanita berkulit gelap.

Kajian itu turut mengesan 132 catatan berdiskriminasi manakala 10 peratus penganiayaan mengandungi kandungan transfobic (9 peratus) dan homofobic (1 peratus).

"Apabila kita mengeluarkan Dasar Perlindungan awal bulan ini, saya berkata kelab olahraga, sekolah-sekolah dan sekitaran-sekitaran sukan masyarakat seharusnya menjadi tempat selamat dan seoronok untuk mereka yang bergiat dalam sukan," kata Presiden World Athletics Sebastian Coe.

"Kajian ini membimbangkan dari segi pelbagai perkara tetapi apa yang paling meninggalkan kesan ke atas saya adalah penganiayaan disasarkan terhadap para individu yang meraikan dan berkongsi prestasi dan bakat mereka sebagai cara untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain."

World Athletics menambah bahawa ia akan menjalankan kajian lanjut dalam bidang itu untuk memperkenalkan rangka kerja penganiayaan online bagi platform-platform media sosial demi membina sekitaran lebih selamat buat pada atlit.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan