Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wanita Cuba dakwa diperkosa Maradona semasa remaja

Mavys Alvarez, seorang wanita warga Cuba yang pernah menjalin hubungan dengan mendiang bintang bola sepak Diego Maradona dua dekad yang lalu memberitahu sidang media pada Isnin (22 Nov) bahawa pemain Argentina itu pernah merogolnya ketika dia masih remaja dan "mencuri zaman kanak-kanaknya."

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Cuba dakwa diperkosa Maradona semasa remaja

Mavys Alvarez, yang pernah ada hubungan dengan Maradona ketika dia bawah umur, di luar mahkamah Kementerian Keadilan Argentina pada 18 Nov 2021. (Gambar: Javier Gonzalez Toledo/AFP)

Diterbitkan : 23 Nov 2021 08:30AM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 08:40AM

BUENOS AIRES: Mavys Alvarez, seorang wanita warga Cuba yang pernah menjalin hubungan dengan mendiang bintang bola sepak Diego Maradona dua dekad yang lalu memberitahu sidang media pada Isnin (22 Nov) bahawa pemain Argentina itu pernah merogolnya ketika dia masih remaja dan "mencuri zaman kanak-kanaknya."

Alvarez, yang kini berusia 37 tahun, memberi keterangan tersebut kepada mahkamah Kementerian Keadilan Argentina pada minggu lalu yang kini sedang menyiasat dakwaan berhubung pemerdagangan manusia terhadap bekas rombongan pengiring Maradona berhubung kejadian ketika dia masih berusia 16 tahun.

Maradona, yang dianggap ramai sebagai salah seorang bintang bola sepak paling ulung di dunia, meninggal dunia setahun lalu pada 25 November 2020.

Aduan itu berkaitan dengan perjalanan Alvarez ke Argentina bersama Maradona pada 2001, ketika pemain bola sepak itu berusia sekitar 40 tahun dan dia pula baru berusia 16 tahun.

Menurut Alvarez, dia pertama kali bertemu bintang bola sepak itu sejurus sebelum melakukan perjalanan tersebut ketika Maradona berada di Cuba untuk menjalani rawatan bagi mengatasi ketagihan dadah.

Semasa sidang media di Buenos Aires, Alvarez berkata Maradona merogolnya di sebuah klinik di Havana iaitu tempat tinggalnya, manakala ibunya berada di bilik sebelah.

“(Maradona) menutup mulut saya, dia merogol saya, saya tidak mahu terlalu memikirkannya,” kata Alvarez.

"Saya berhenti menjadi seorang gadis, kesucian saya sudah dinodai. Sulit sekali. Anda berhenti melalui perkara yang tidak bersalah yang seharusnya perlu dialami oleh seorang gadis pada usia itu."

Matias Morla, peguam Maradona sebelum kematiannya, tidak menjawab permintaan untuk mengulas. Reuters tidak dapat mengenal pasti sebarang wakil guaman lain untuk Maradona bagi kes itu.

Alvarez sebelum ini menyifatkan hubungan itu sebagai suka sama suka dalam wawancaranya sebelum ini, tetapi juga berkata bahawa Maradona pernah sekurang-kurangnya pada satu ketika memaksa dirinya ke atas Alvarez.

Wanita itu menegaskan bahawa keluarganya hanya merelakan hubungannya dengan bintang bola sepak itu, meskipun dengan jurang usia yang begitu lebar, disebabkan oleh persahabatan Maradona dengan mendiang Presiden Cuba Fidel Castro.

"Keluarga saya tidak akan menerimanya jika pemerintah Cuba tidak terlibat," katanya. "Mereka dipaksa dengan cara lain untuk menerima hubungan yang tidak baik ini atau untuk sesiapa pun."

Pemerintah Cuba bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk memberikan komen.

Alvarez berkata dia memfailkan aduan itu "untuk membantu semua wanita, semua mangsa pemerdagangan manusia, jenayah," katanya. "Demi membantu mereka dalam apa jua cara yang saya mampu. Itulah matlamat saya."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan