Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Virus korona baru: Formula 1 mungkin ubah jadual GP China

Gara-gara virus korona baru, Formula 1 akan mempertimbangkan menukar jadual Grand Prix China, menurut pengarah urusan motorsport Ross Brawn.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus korona baru: Formula 1 mungkin ubah jadual GP China

Gambar fail Formula 1 GP China di Shanghai pada 14 Apr 2019 (Gambar: Reuters/Aly Song)

Diterbitkan : 06 Feb 2020 10:21PM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 05:23PM

LONDON: Gara-gara virus korona baru, Formula 1 akan mempertimbangkanmenukar jadual Grand Prix China, menurut pengarah urusan motorsport Ross Brawn.

Perlumbaan berprofil tinggi di Shanghai itu, yang disiarkan kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia, dijadualkan berlangsung pada 19 April.

Pihak berkuasa sukan Shanghai minggu ini mencadangkan penggantungan semua acara sukan di bandar itu sehingga penularan wabak berakhir.

"China adalah pasaran yang penting dan berkembang, jadi kami sangat inginkan mengadakan perlumbaan di China," kata Brawn kepada para wartawan. "Kami perlu mencari ruang masa apabila perlumbaan boleh dianjurkan menjelang akhir tahun ini."

Beliau berkata pihak berkuasa China perlu membuat keputusan muktamad untuk menangguhkan perlumbaan kerana masa semakin suntuk.

Brawn menerangkan pelbagai keperluan logistik - seperti memindahkan minyak, kereta dan kakitangan untuk persiapan perlumbaan - akan bermula dalam masa dua atau tiga minggu. Lantas China perlu membuat keputusan sebelum itu.

Beberapa syarikat penerbangan sudah menggantung khidmat ke China sementara pemerintah-pemerintah negara menasihatkan rakyatnya tidak melakukan perjalanan yang tidak penting ke negara itu.

Angka korban akibat virus itu di China melonjak sebanyak 73 kes kepada 563 pada Khamis, dengan lebih daripada 28,000 jangkitan disahkan di sana.

Yuran yang dibayar untuk menjadi tuan rumah perlumbaan itu membentuk sebahagian besar pendapatan Formula 1, dengan beberapa perlumbaan membayar sebanyak US$40 juta (S$55.2 juta) setahun. Ini bermakna pemegang hak komersil Liberty Media akan terjejas teruk jika pihaknya mengambil langkah pertama untuk menunda perlumbaan.

Dengan rekod 22 perlumbaan yang dijadualkan, dan perlumbaan dikumpulkan mengikut rantau, hanya tinggal beberapa hujung minggu saja yang kosong dan sebarang perubahan akan menimbulkan cabaran logistik yang besar.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan