Images
  • sea games vietnam
    (Gambar: AFP)

Vietnam tunda Sukan SEA hingga Julai tahun depan

HANOI: Vietnam akan menunda temasya Sukan Asia Tenggara ke-31 dan Sukan Para ASEAN ke-11 sehingga Julai tahun depan atas keprihatinan tentang COVID-19.

Menurut laporan media tempatan, para pegawai sukan mencapai keputusan itu semasa satu mesyuarat pada Selasa (8 Jun).

Sebelum ini, Sukan SEA 2021 dijadual berlangsung pada November depan.

Namun, Vietnam sedang dibelenggu beberapa cabaran seperti kekurangan dana dan bekalan vaksin COVID-19 yang tidak menentu.

Vietnam juga sedang bergelut dengan penularan COVID-19 yang semakin buruk akibat kes-kes import.

Vietnam mengadakan mesyuarat secara maya petang tadi (9 Jun) untuk membincangkan penangguhan itu dengan negara-negara ASEAN yang lain.

- CNA/ZM/ha

Top