Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Vietnam mara ke peringkat final AFF Suzuki selepas tewaskan Filipina 2-1

Malaysia berpeluang membalas dendam tumpas 0-2 di tangan Vietnam pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, apabila bertemu skuad ‘The Golden Dragons’ itu pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam mara ke peringkat final AFF Suzuki selepas tewaskan Filipina 2-1

Perlawanan penuh aksi antara Vietnam dengan Filipina. (Gambar: @affsuzukicup/Twitter)

Diterbitkan : 07 Dec 2018 12:45AM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 12:50AM

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang membalas dendam tumpas 0-2 di tangan Vietnam pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, apabila bertemu skuad ‘The Golden Dragons’ itu pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Skuad Vietnam kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-Seo itu mara ke pentas final selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-2 ke atas Filipina.

Vietnam berjaya menewaskan pasukan Filipina yang dibimbing bekas jurulatih England, Sven-Goran Eriksson 2-1 di padang sendiri dalam aksi separuh akhir kedua malam Khamis (6 Dis).

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Vietnam menewaskan pasukan ‘The Azkals’ 2-1 di Stadium Panaad, Bacolod, Filipina.

Malaysia pula mara ke perlawanan akhir selepas mengikat juara bertahan Thailand 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok pada Rabu (5 Dis).

Keputusan itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Dis lalu.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada 11 Dis, sebelum aksi final kedua di Hanoi, 15 Dis ini.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan