Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Vettel harap Mick Schumacher akan sertai lumba F1 tahun depan

Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel berkata, beliau berharap untuk menyakskikan anak lelaki Michael Schumacher, Mick, berlumba dalam Formula Satu (F1) tahun hadapan selepas pelumba muda dari Jerman itu menghadiri sesi latihan sulungnya di Nuerburgring pada Jumaat (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Vettel harap Mick Schumacher akan sertai lumba F1 tahun depan

Mick Schumacher (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Oct 2020 09:48AM Dikemas Kini : 09 Oct 2020 09:54AM

REUTERS: Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel berkata, beliau berharap untuk menyakskikan anak lelaki Michael Schumacher, Mick, berlumba dalam Formula Satu (F1) tahun hadapan selepas pelumba muda dari Jerman itu menghadiri sesi latihan sulungnya di Nuerburgring pada Jumaat (9 Okt).

Schumacher, 21, sedang mendahului kejuaraan Formula Dua dan akan menyertai sesi pertama dengan Alfa Romeo sebelum menyerahkan kereta itu kembali kepada Antonio Giovinazzi dari Itali untuk baki Grand Prix Eifel pada hujung minggu.

"Beliau layak mendapat peluang pada hujung minggu ini dan saya harap kita akan melihatnya bukan hanya esok tetapi pada satu lagi hari Jumaat tahun ini dan diharapkan kemudiannya dalam sebuah kereta pelumba tahun depan," kata Vettel kepada para wartawan pada Khamis.

"Itulah yang saya harapkan untuknya. Jelas sekali, beliau melalui musim yang hebat, beliau mendahului kejuaraan Formula Dua dan saya harap beliau boleh layak mendapat tempat untuk berlumba tahun depan."

Vettel, pada musim terakhirnya bersama Ferrari sebelum berpindah ke Aston Martin (Racing Point) pada 2021, membesar dengan Michael Schumacher sebagai idolanya.

Pelumba berusia 33 tahun itu menyifatkan anak juara tujuh kali itu, seorang pemandu Ferrari Academy, sebagai seorang "pemuda yang hebat".

"Saya sangat menyukainya dan saya yakin beliau akan pergi jauh dan berjaya. Oleh itu ini mungkin hanya semacam permulaan untuknya," katanya mengenai sesi latihan itu.

Vettel juga memulakan kerjaya F1 dengan cara yang sama, dengan mengikuti latihan bersama BMW Sauber di Grand Prix Hungary pada 2006.

Beliau tampil dalam perlumbaan sulungnya pada 2007 dengan pasukan Switzerland itu, yang kini dikenali sebagai Alfa Romeo.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan