Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Vettel catat masa terpantas dalam sejarah Litar Marina Bay dalam sesi terakhir Grand Prix S'pura

Sebastian Vettel berjaya mencatat masa paling pantas yang pernah dicatatkan dalam sejarah Litar Marina Bay sedang pemandu Ferrari itu mendahului sesi latihan ketiga dan terakhir bagi perlumbaan Grand Prix Formula One hari ini (15 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Vettel catat masa terpantas dalam sejarah Litar Marina Bay dalam sesi terakhir Grand Prix S'pura

Sebastian Vettel bersama para peminatnya. (Gambar: Ealbert Ho)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 11:50PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 11:54PM

SINGAPURA: Sebastian Vettel berjaya mencatat masa paling pantas yang pernah dicatatkan dalam sejarah Litar Marina Bay sedang pemandu Ferrari itu mendahului sesi latihan ketiga dan terakhir bagi perlumbaan Grand Prix Formula One hari ini (15 Sep).

Dalam sesi latihan itu, Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari mencatat masa 1:38:054.

Seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen, juga berjaya mencatat masa kedua terpantas dengan menamatkan sesi latihan itu 0.362 saat selepas Vettel.

Sementara itu, dua pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas, menduduki tempat ketiga dan keempat.

Hamilton menjuarai GP Singapura Singapore Airlines tahun lalu dan pernah menang dua kali di Litar Marina Bay sebelum ini pada 2009 bagi pasukan McLaren Mercedes dan 2014 bagi pasukan Mercedes. Bagaimanapun, Hamilton dijangka mendapat saingan sengit daripada Vettel.

Vettel juga pernah menjadi juara dalam GP Singapura empat kali sebelum ini – tiga kali sebagai pemandu Red Bull Racing Renault pada 2011, 2012 serta 2013 dan sebagai pemandu Ferrari pada 2015. 

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan