Images
  • formula e
    (Gambar fail: Hannibal Hanschke/Reuters)

Vergne pelumba pertama juarai Formula E 2 kali

NEW YORK: Pemandu Perancis, Jean-Eric Vergne, berjaya mempertahankan kejuaraannya buat tahun kedua berturut-turut dalam Lumba Kereta Formula E.

Vergne muncul juara keseluruhan musim ini meskipun hanya mampu menamatkan perlumbaan terakhir pada Sabtu (14 Jul) di tempat ketujuh.

Sebelum perlumbaan di New York itu, Vergne sudahpun mendahului pencabar terdekatnya iaitu Lucas Di Grassi dengan kelebihan 22 mata.

Bagaimanapun, Grassi bertembung dengan pelumba Jaguar, Mitch Evans, dalam pusingan terakhir manakala seorang lagi pencabar terdekat, Sebastien Buemi, hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan Sabtu.

Meskipun tamat perlumbaan di tempat ketujuh, Vergne akhirnya berjaya mengumpulkan 136 mata berbanding 119 mata yang diraih Buemi.

Sebaliknya pelumba Belanda, Robin Frijns, yang mencecah garisan penamat dahulu dengan diikuti oleh Alexander Sims dari Britain. 

- REUTERS/AA/fz

Top