Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

VAR ‘selamatkan’ Liverpool dari dibaham Wolves

Liverpool meneruskan persaingan ke arah piala pertama Liga Perdana England (EPL) dalam masa 30 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
VAR ‘selamatkan’ Liverpool dari dibaham Wolves

Pemain Liverpool Sadio Mane (tengah) cuba menjaringkan gol. (Gambar: AP/Jon Super)

Diterbitkan : 30 Dec 2019 07:47AM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 07:50AM

LIVERPOOL: Liverpool meneruskan persaingan ke arah piala pertama Liga Perdana England (EPL) dalam masa 30 tahun.

Bagaimanapun, para pemain Jurgen Klopp memerlukan bantuan dua semakan VAR untuk menang tipis 1-0 di Anfield pada Ahad (29 Dis).

Sadio Mane menjaringkan satu-satunya gol tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir apabila rembatan pemain Senegal itu dibenarkan selepas ditolak pada mulanya kerana terkena tangan Adam Lallana.

Beberapa detik kemudian, pasukan Wolverhampton Wanderers yang lebih dikenali sebagai Wolves menyamakan kedudukan melalui jaringan Pedro Neto, yang kemudian dibatalkan oleh VAR, bagi kesalahan 'offside'.

Kemenangan ke-18 dalam 19 perlawanan EPL musim ini melebarkan jurang Liverpool di tangga pertama kepada 13 mata dan mereka masih mempunyai kelebihan satu lagi perlawanan berbanding pesaing terdekatnya Leicester City.

Liverpool membuat hanya satu pertukaran pada pasukannya yang mengalahkan Leicester 4-0 pada 26 Dis bagi melebarkan jurang sebagai pendahulu liga.

Mohamed Salah, Georginio Wijnaldum, Mane dan Roberto Firmino juga hampir-hampir menambah jaringan pada babak awal perlawanan tersebut.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan