Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Van Dijk, Messi, Ronaldo berentap anugerah Pemain Terbaik UEFA

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Virgil Van Dijk disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik UEFA tahun ini, menurut pertubuhan bola sepak Eropah itu, pada Khamis (15 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Van Dijk, Messi, Ronaldo berentap anugerah Pemain Terbaik UEFA

Virgil van Dijk. (Gambar: Paul ELLIS/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 09:31AM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 09:35AM

LAUSANNE: Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Virgil Van Dijk disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik UEFA tahun ini, menurut pertubuhan bola sepak Eropah itu, pada Khamis (15 Ogos).

Sementara Ronaldo, pemenang sebanyak tiga kali dan sentiasa antara tiga pemain terbaik sejak anugerah itu dimulakan pada 2011, pemain tengah pertahanan Van Dijk pula membuat penampilan untuk kali pertama selepas membantu Liverpool memenangi gelaran Liga Juara-Juara musim lalu.

Van Dijk diundi sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana musim lalu dan Pemain Terbaik tahun ini kerana memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab Merseyside itu meraih Piala Eropah keenam.

Pemenang dua kali, Messi mendahului jumlah jaringan La Liga (36 gol) dan Liga Juara-Juara (12 gol) musim lalu tetapi Barcelona tumbang pada separuh akhir kepada Liverpool, yang mengatasi kelebihan tiga gol pada perlawanan kedua untuk mara.

Ronaldo, yang pernah menang lima gelaran Liga Juara-Juara, tidak begitu menyerlah di Eropah bersama Juventus, ketika pasukan dari Itali itu tumbang di suku akhir kepada Ajax Amsterdam.

Bagaimanapun beliau membantu Juve meraikan gelaran liga kelapan berturut-turut dengan 21 gol dan diundi selaku ‘Pemain Paling Berharga’ Serie A.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan