Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Valencia sahkan 35% skuad dijangkiti COVID-19

Valencia yang menjadi  kelab bola sepak Sepanyol pertama melaporkan jangkitan COVID-19 mengesahkanpada Isnin (16 Mac) bahawa 35 peratus pemain dan kakitangannya diuji positif penyakit tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Valencia sahkan 35% skuad dijangkiti COVID-19

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 17 Mar 2020 11:06AM Dikemas Kini : 17 Mar 2020 11:08AM

MADRID: Valencia yang menjadi kelab bola sepak Sepanyol pertama melaporkan jangkitan COVID-19 mengesahkanpada Isnin (16 Mac) bahawa 35 peratus pemain dan kakitangannya diuji positif penyakit tersebut.

Kelab itu menyatakan virus tersebut tersebar dalam kalangan skuad berkenaan selepas kunjungan ke Milan, bulan lalu, "kawasan yang disahkan sebagai 'berisiko tinggi' oleh pihak berkuasa Itali kemudian. Kunjungan itu bagi aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Atalanta.

“Walaupun langkah berjaga-jaga yang ketat diambil oleh kelab selepas perlawanan tersebut, keputusan ujian terbaru menunjukkan pendedahan dalam perlawanan itu menyebabkansekitar 35 peratus skuad positif COVID-19," kata Valencia dalam satu kenyataan.

"Kesemua kes tidak menunjukkan sebarang gejala dan mereka yang terlibat kini dikuarantin di rumah, menerima penilaian perubatan dan mengikut panduan latihan yang telah diberikan kepada mereka."

Pada Ahad lalu, Valencia mengumumkan lima pemain dan kakitangan kelab itu didapati positif COVID-19 termasuk pemain pertahanan Argentina, Ezequiel Garay.

Sepanyol menjadi negara kedua di Eropah yang mencatat jangkitan tertinggi virus COVID-19 dengan lebih 9,100 kes dilaporkan dan 309 kematian.

Dengan Sepanyol mengenakan perintah kawalan pergerakan, perlawanan LaLiga termasuk yang dijadual hujung minggu ini ditunda. 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan