Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Usain Bolt sifatkan serangan rasis terhadap 3 pemain England sebagai 'ngeri, tidak adil'

ohan Olimpik sebanyak lapan kali, Usain Bolt, memberitahu Reuters bahawa perkauman tiada tempat dalam bola sepak mahupun masyarakat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Usain Bolt sifatkan serangan rasis terhadap 3 pemain England sebagai 'ngeri, tidak adil'

Pelari pecut Jamaica Usain Bolt terjatuh semasa bersaing dalam acara 4x100m di London pada 2017. (Gambar fail: AFP / Adrian DENNIS)

Diterbitkan : 14 Jul 2021 10:36AM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 10:39AM

KINGSTON, JAMAICA: Johan Olimpik sebanyak lapan kali, Usain Bolt, memberitahu Reuters bahawa perkauman tiada tempat dalam bola sepak mahupun masyarakat.

Beliau membuat kenyataan itu selepas tiga pemain bola sepak England berdepan serangan online menyusuli kegagalan mereka menjaringkan tendangan penalti yang menyebabkab pasukan itu kalah dalam perlawanan akhir Euro 2020 menentang Itali pada Ahad (11 Jul).

Marcus Rashford, Jadon Sancho and Bukayo Saka, yang tersasar tendangan gol dalam sepakan penalti, menjadi sasaran online selepas England tewas kepada Itali.

“Anda boleh berasa kecewa dengan seseorang kerana gagal (menjaringkan gol) kerana kita adalah manusia tetapi jika anda mahu melibatkan kaum, maka ia tiada tempat dalam bola sepak atau apa sahaja keadaan secara umum," kata Bolt, legenda pecut kelahiran Jamaica, di Kingston pada Selasa (13 Jul).

Bolt, yang merangkul pingat bagi acara pecut 100 meter dan 200 meter dalam tiga edisi Sukan Olimpik berturut-turut dari 2008 hingga 2016, menyifatkan serangan perkauman yang disasarkan kepada para pemain berkenaan sebagai sesuatu yang mengerikan.

“Pertama sekali, itu mengerikan untuk diketahui... bagi saya ia sangat berat untuk menyaksikan hal seperti ini. Sebagai seorang warga Afrika dan berkulit hitam, saya boleh katakan bahawa ia tentunya sesuatu yang berat bagi mereka dan anda tidak boleh menyalahkan mereka, (kerana) bukan mereka yang membuat keputusan siapa yang akan melakukan tendangan penalti," ujar Bolt.

"Ini bola sepak, ada menang, ada kalah dan memang berat ketika kalah. Saya pernah melaluinya bersama pasukan saya tetapi saya tidak akan mencaci siapapun mahupun merendahkan mereka berdasarkan kaum atau apapun. Kita semua akan kecewa sekiranya gagal dalam tendangan penalti tetapi apabila ia menyangkut hal perkauman, anda harus faham itu akan menjadi masalah," tambah pemenang 11 pingat emas kejohonan dunia.

"Ia (serangan perkauman) adalah sangat tidak adil dan saya tidak percaya ini menjadi arah dalam sukan bola sepak. Saya mencintai bola sepak sepanjang kerjaya saya, saya mengikuti semua pemain ini... maka ia sukar untuk menyaksikan sesuatu seperti itu berlaku," katanya lagi.

Persatuan Bola Sepak England dalam satu kenyataan menyatakan ia "terkejut" dengan serangan terhadap ketiga-tiga pemain itu.

"Kami akan melakukan semua yang kami mampu untuk menyokong pemain-pemain terjejas sambil mendesak agar hukuman paling berat dikenakan ke atas sesiapa yang bertanggungjawab," menurut kenyataan FA. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan