Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Uruguay tidak kesal dengan permainan kurang cemerlang menentang Arab Saudi

 Bagaimanapun, para pemain mereka tidak ingin terlalu dibebani rasa kesal atas kemenangan tipis 1-0 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A yang sekaligus melayakkan Uruguay ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Uruguay tidak kesal dengan permainan kurang cemerlang menentang Arab Saudi

(Gambar: REUTERS/Carlos Garcia Rawlins)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 09:40PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 10:25PM

MOSKO: Uruguay masih belum menunjukkan prestasi terbaik di Piala Dunia meskipun ia muncul pemenang bagi kedua-dua perlawanan sejauh ini. Bagaimanapun, para pemain mereka tidak ingin terlalu dibebani rasa kesal atas kemenangan tipis 1-0 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A yang sekaligus melayakkan Uruguay ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Suarez yang dinobatkan pemain terbaik dalam perlawanan itu berkata, prestasi pasukan yang terbatas tidak menjejas semangat pasukannya. Malah beliau menekankan hakikat bahawa meskipun kecil, pasukan dari Amerika Selatan itu sekali lagi berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam Kumpulan A.

Luis Suarez menjaringkan gol tunggal perlawanan itu pada minit ke-23.

Kekalahan Arab Saudi ini bermakna pasukan itu terkeluar daripada pertandingan selepas kalah dalam dua perlawanan.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan