Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Uruguay belasah Rusia 3-0, jadi juara Kumpulan A

Uruguay menundukkan tuan rumah 3-0 dengan penuh bergaya untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir awal tadi (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Uruguay belasah Rusia 3-0, jadi juara Kumpulan A

Luis Suarex (dua dari kanan) meraikan sepakan gol pertamanya dalam perlawanan menentang Rusia dalam Kumpulan A. (Gambar: Hassan Ammar/AP)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 09:53AM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 11:02AM

SAMARA: Uruguay menundukkan tuan rumah 3-0 dengan penuh bergaya untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir awal tadi (26 Jun).

Seawal minit ke-10, Suarez menyumbatkan gol permulaan menerusi sepakan percuma leret selepas mengelirukan penjaga gol lawannya, Igor Akinfeev. Ini merupakan gol kedua Suarez dalam temasya Piala Dunia 2018.

Pasukan itu memperoleh gol kedua 13 minit kemudian hasil jaringan sendiri pemain Rusia, Denis Cheryshev.

Tuan rumah merasakan tekanan lebih hebat apabila Igor Smolnikov dibuang padang pada minit ke-35 selepas dua kad kuning dilayangkan dalam tempoh tujuh minit.

Skuad Sbornaya menjadi lebih garang selepas rehat separuh masa tetapi Artem Dzyuba mensia-siakan peluang terbaiknya untuk merapatkan jurang dengan Uruguay.

Uruguay terus berpesta hingga ke minit terakhir perlawanan dengan gol ketiganya menerusi Edinson Cavani selepas Akinfeev menepis tandukan Diego Godin daripada sepakan sudut.

Gol itu menjadikan pemain Uruguay itu yang kedua untuk menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia yang berbeza (2010, 2014 dan 2018) selepas rakan serangannya, Suarez.

Kemenangan itu sekaligus menjadikan Uruguay juara kumpulan A.

Uruguay bakal bertemu Portugal, naib juara Kumpulan B selepas seri dengan Iran, di pusingan kalah mati pada 1 Julai nanti. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan