Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

United gigit jari; terlepas peluang lompat ke tangga ketiga EPL

Harapan Manchester United untuk menduduki tangga ketiga Liga Perdana England (EPL) dan melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan tersekat apabila pasukan tuan rumah itu hanya sekadar seri 2-2 dengan Southampton dalam perlawanan EPL di Old Trafford pada Isnin (13 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
United gigit jari; terlepas peluang lompat ke tangga ketiga EPL

United seri 2-2 dengan Southampton dalam perlawanan EPL pada 13 Jul (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jul 2020 07:59AM Dikemas Kini : 14 Jul 2020 08:03AM

MANCHESTER: Harapan Manchester United untuk menduduki tangga ketiga Liga Perdana England (EPL) dan melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan tersekat apabila pasukan tuan rumah itu hanya sekadar seri 2-2 dengan Southampton dalam perlawanan EPL di Old Trafford pada Isnin (13 Jul).

United berpeluang untuk melompat ke tangga ketiga EPL jika ia berjaya menewaskan Southampton.

Peluang itu kelihatan cerah pada awal perlawanan apabila penyerang Perancis, Anthony Martial membolosi gawang Southampton untuk menjaringkan gol kedua United pada minit ke-23, sekali gus menjadikan kedudukan 2-1 bagi pasukan tuan rumah.

United semakin bertekad untuk melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan selepas jirannya, Manchester City, yang kini menduduki tangga kedua liga, diberikan lampu hijau untuk bertanding dalam kejohanan berprestij itu selepas Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menarik balik keputusannya untuk mengharamkan City daripada pertandingan tersebut selama dua tahun.

Ini bermakna hanya empat pasukan teratas EPL boleh melayakkan diri ke pertandingan tersebut.

Dengan keputusan seri itu, United kekal di tangga kelima dengan 59 mata.

Leicester City menghuni tangga keempat, di depan United dengan kelebihan jaringan gol, manakala Chelsea pula menduduki tempat ketiga dengan 60 mata.

City dan juara EPL musim ini, Liverpool, sudahpun melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah bagi musim depan.

Southampton mengejutkan para penyokong tuan rumah apabila pemain midfield Scotland, Stuart Armstrong menjaringkan gol pertama Southampton.

United kemudian menyamakan kedudukan 1-1 melalui jaringan penyerang muda England, Marcus Rashford pada minit ke-20.

Tiga minit kemudian, Martial menyempurnakan hantaran Bruno Fernandes untuk menjaringkan gol kedua United.

United gagal memperolehi tiga mata yang diperlukan untuk melompat ke tangga ketiga liga apabila Obafemi menjaringkan gol penyamaan Southampton untuk mengikat United 2-2 di Old Trafford.

Sumber : Agensi berita/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan