Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Unai Emery pengganti Arsene Wenger?

Arsenal akan melantik berkas pengurus Paris Saint-Germain (PSG) dan Sevilla, Unai Emery, sebagai pengganti Arsene Wenger, menurut pelbagai media tempatan semalam (21 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Unai Emery pengganti Arsene Wenger?

Jurulatih Paris Saint-German, Unai Emery. (Gambar fail: BENOIT TESSIER/REUTERS)

Diterbitkan : 22 May 2018 08:33AM Dikemas Kini : 22 May 2018 08:39AM

LONDON: Arsenal akan melantik berkas pengurus Paris Saint-Germain (PSG) dan Sevilla, Unai Emery, sebagai pengganti Arsene Wenger, menurut pelbagai media tempatan semalam (21 Mei).

The Guardian melaporkan bahawa Arsenal sudahpun membuat beberapa persiapan terakhir untuk pelantikan tersebut.

Kelab berkenaan sudah menjalankan proses yang menyeluruh untuk memuktamadkan penyandang baru bagi menggantikan Wenger, yang hampir 22 tahun berbakti kepada Arsenal.

Koresponden dan wartawan dari BBC, David Ornstein, juga melaporkan perkara itu menerusi akaun Twitternya.

BREAKING: Arsenal to appoint Unai Emery as new manager. Thorough process produced 46yo Spaniard as unanimous choice. Available after leaving #PSG (1 Lg1 title, 4 cups), previously Sevilla (3 EL wins), not fluent English. Announcement + press conference likely later this week #AFC

— David Ornstein (@bbcsport_david) May 21, 2018

Sebelum ini, pembantu jurulatih Manchester City Mikel Arteta turut disebut-sebut untuk mengambil tempat Wenger, malah bekas kapten Arsenal itu mendapat 'restu' daripada Pep Guardiola untuk meneruskan kerjayanya di Stadium Emirates.

Meskipun Arteta bukan calang-calang calon, anggota lembaga kanan dalam Arsenal dilihat mengalihkan tumpuan kepada Emery minggu lalu menyusuli perbincangan dengan pengurus yang berusia 46 tahun tersebut.

Emery mengumpul pelbagai pengalaman sejak tahun 2005, dengan memulakan kerjaya bersama kelab Lorca Deportiva di Sepanyol.

Pada hujung musim ini, Emery akan mengucapkan selamat tinggal kepada PSG.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan