Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

UK juga pertimbang boikot diplomatik Olimpik Beijing

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang mempertimbangkan untuk melakukan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing tahun depan sebagai bantahan terhadap rekod hak asasi manusia China, lapor akhbar Times hari ini (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
UK juga pertimbang boikot diplomatik Olimpik Beijing

Tunjuk perasaan di luar bangunan konsulat China di LA, Amerika Syarikat pada 3 Nov 2021, menggesa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 diboikot (Gambar: Frederic J. BROWN/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 09:36AM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 09:47AM

REUTERS: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang mempertimbangkan untuk melakukan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing tahun depan sebagai bantahan terhadap rekod hak asasi manusia China, lapor akhbar Times hari ini (20 Nov).

Satu "perbincangan aktif" sedang berlangsung dalam kerajaan, dengan Menteri Luar Liz Truss dikatakan menyokong langkah itu, lapor akhbar tersebut.

Dalam satu pilihan, menteri-menteri Britain tidak akan menghadiri acara Sukan itu, walaupun duta ke China akan menghadirinya, tambah Times.

Lima anggota politik Konservatif menulis surat kepada Johnson menggesanya untuk mengharamkan sebarang perwakilan rasmi diplomatik UK ke Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari, menurut laporan itu.

Presiden Joe Biden mengesahkan pada Khamis (18 Nov) bahawa Amerika Syarikat sedang menimbangkan untuk memboikot diplomatik Sukan Olimpik Beijing.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan