Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

UFC 254: Cristiano Ronaldo ramal Khabib akan tewaskan Justin Gatethje

Cristiano Ronaldo menunjukkan sokongan kepada Khabib Nurmagomedov menjelang pertarungannya dengan Justin Gaethje pada UFC 254.

Anggaran Waktu Membaca:
UFC 254: Cristiano Ronaldo ramal Khabib akan tewaskan Justin Gatethje

Khabib Nurmagomedov. (Gambar: khabib_nurmagomedov/Instagram)

Diterbitkan : 18 Oct 2020 08:29PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 08:32PM

LONDON: Cristiano Ronaldo menunjukkan sokongan kepada Khabib Nurmagomedov menjelang pertarungannya dengan Justin Gaethje pada UFC 254.

Merujuk kepada Khabib sebagai "abangnya", Ronaldo berkata bahawa beliau percaya Khabib akan muncul juara sekali lagi.

Khabib yang belum lagi tumpas akan berdepan dengan Gaethje dalam kategori lightweight pada minggu depan.

Bintang bola sepak warga Portugal itu yang kini menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 - meramalkan bahawa Khabib, 32 tahun, akan mengekalkan mahkotanya.

Ronaldo membalas menerusi Instagram 'live stream': "Sudah tentu, sudah tentu, Khabib akan menang!

"Abangku! Inshallah!"

Dua bintang ternama itu sebelum ini bertemu pada 2018, di mana kedua-duanya bergambar dan Khabib memegang jersi bintang Real Madrid itu.

Ronaldo ialah seorang peminat UFC dan sebelum ini berlatih dengan bekas lawan Khabib, Conor McGregor, 32 tahun.

McGregor dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bertemu di Las Vegas pada 2016.

Ronaldo kemudian menjemput bintang Ireland itu dan jurulatihnya, John Kavanagh ke majlis keramaian anjuran Jennifer Lopez.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan