UEFA tangguh Euro 2020 setahun akibat COVID-19: tweet FA Norway
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menangguhkan Kejohanan Eropah 2020 (Euro 2020) sehingga 2021 bagi mengekang penyebaran wabak virus korona COVID-19.
ZURICH: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menangguhkan Kejohanan Eropah 2020 (Euro 2020) sehingga 2021 bagi mengekang penyebaran wabak virus korona COVID-19.
Twitter Persatuan Bola sepak Norway (FA) pada Selasa (17 Mac) menyatakan ‘UEFA memutuskan Euro 2020 ditangguhkan ke 2021.
“Ia akan bermula pada 11 Jun sehingga 11 Julai tahun depan. Maklumat lanjut menyusul.”
UEFA yang belum mengesahkan keputusan tersebut diberi tekanan untuk menunda kejohanan itu bagi memberi masa kepada saingan domestik di sekitar Eropah untuk menamatkan musim sedia ada.
Ini kali pertama dalam sejarah bola sepak di mana hampir di seluruh dunia pertandingan ditunda.
Keputusan untuk menunda Euro 2020 ekoran penularan COVID-19 yang menjejas kalendar bola sepak dunia.
Virus itu sudah menjangkiti hampir 180,000 orang dan meragut nyawa 7,000 di serata dunia dengan Eropah kini pusat penyebaran COVID-19.
Semua lima liga domestik utama Eropah - England, Sepanyol, Itali, Perancis dan Jerman digantung, begitu juga temasya Liga Juara-juara, Liga Eropah dan pusingan kelayakan Piala Dunia.
Penangguhan musim kali ini boleh mencetuskan tuntutan pampasan agak besar daripada syarikat-syarikat media yang memegang hak penyiaran kejohanan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.