Images
  • Egypt Lionel Messi
    Islam Battah (tengah) yang salin tak tumpah Lionel Messi. (Gambar: Petikan dari video Reuters) 

Tukang cat ini salin tak tumpah Lionel Messi; ceriakan ramai anak yatim

MESIR: Mereka mungkin tahu bahawa lelaki yang berdiri di depan mereka itu bukanlah pemain bola sepak terkenal Lionel Messi.

Namun, wajah Islam Battah yang salin tak tumpah dengan bintang pasukan bola sepak Barcelona itu sudah cukup membahagiakan sekumpulan anak yatim di bandar Zagazig di Mesir.

Menyaksikan keghairahan mereka apabila melihat dirinya, lelaki berusia 27 tahun itu yang bekerja sebagai seorang tukang cat, berbesar hati kelihatan seperti kapten pasukan Argentina itu. Beliau malah menyarungkan jersi Barcelona dan bermain bola sepak bersama dengan anak-anak yatim itu.

"Apabila saya mula memelihara janggut, rakan-rakan saya berkata saya kelihatan seperti Messi. Apabila janggut mula lebih panjang, semakin jelas persamaannya," kata beliau.

"Kegembiraan kanak-kanak itu apabila melihat persamaan antara saya dengan Messi tidak dapat saya gambarkan. Apabila anda membuat seseorang gembira, Tuhan memberi ganjarannya kepada anda. Saya mahu berkongsi kegembiraan ini dengan mereka," tambah beliau.

Salah seorang kanak-kanak yang bermain bola dengan Islam ialah Ammar Ashry.

"Saya gembira dan berasa seolah-olah Messi sedang bermain dengan kami," kata beliau.

"Sekarang, saya benar-benar mahu berjumpa Mohamed Salah," tambah kanak-kanak itu, sambil merujuk kepada penyerang handalan Liverpool, Mo Salah.

- Reuter/NK/nk

Top