Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tour de France perketat langkah COVID-19, pasukan disingkir jika 2 anggota dijangkiti

Ketua pengarah Tour de France Christian Prudhomme memberitahu AFP pada Sabtu (29 Ogos), sesebuah pasukan akan disingkirkan daripada perlumbaan berbasikal itu jika sekurang-kurangnya dua anggota, termasuk kakitangan, diuji positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tour de France perketat langkah COVID-19, pasukan disingkir jika 2 anggota dijangkiti

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Aug 2020 09:25PM Dikemas Kini : 29 Aug 2020 09:27PM

NICE: Sedang benua Eropah terus dibelenggu jumlah kes jangkitan dan kematian virus korona yang semakin meningkat, ketua pengarah Tour de France Christian Prudhomme memberitahu AFP pada Sabtu (29 Ogos), sesebuah pasukan akan disingkirkan daripada perlumbaan berbasikal itu jika sekurang-kurangnya dua anggota, termasuk kakitangan, diuji positif COVID-19.

Persatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada Jumaat mengusulkan agar penyingkiran itu hanya dilaksanakan ke atas pelumba.

"Kami akan tetap dengan (syarat) dua kes daripada 30 orang dari pasukan yang sama selama tujuh hari," kata Encik Prudhomme, sambil menambah bahawa keputusan itu dibuat unit oleh pemerintah Perancis yang menangani krisis virus korona.

Pengumuman itu dibuat pada pembukaan perlumbaan 21 peringkat sekitar Perancis dan meningkatkan lagi rasa suram yang menyelubungi perlumbaan 2020 dengan bilangan ujian positif COVID-19 semakin meningkat hari demi hari di Perancis.

Perdana Menteri Perancis Jean Castex pada Khamis mengisytiharkan Nice, bandar pelancaran Tour de France, kembali sebagai zon merah COVID-19.

Pengumuman sudah dapat dijangkakan, kata pihak penganjur, sedang mereka berusaha untuk tidak membenarkan peminat berada di kawasan permulaan serta pertunjukan dan perbarisan sebelum perlumbaan.

Kumpulan dari Belgium, Lotto, melaporkan dua kes ppsitif COVID-19 pada Khamis, namun pasukan mekanik yang terbabit sudah diganti dan pasukan itu akan berlepas dari Nice pada Sabtu petang dengan kumpulan pelumba yang lain.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan