Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tour de France 2021 ditunda; elak bertembung Sukan Olimpik Tokyo

Permulaan bagi acara lumba basikal Tour de France tahun depan akan ditunda selama seminggu untuk mengelakkan pertembungan dengan perlumbaan basikal kategori lelaki bagi Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan semula, menurut Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI).

Anggaran Waktu Membaca:
Tour de France 2021 ditunda; elak bertembung Sukan Olimpik Tokyo

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Jul 2020 03:21PM Dikemas Kini : 29 Jul 2020 03:28PM

REUTERS: Permulaan bagi acara lumba basikal Tour de France tahun depan akan ditunda selama seminggu untuk mengelakkan pertembungan dengan perlumbaan basikal kategori lelaki bagi Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan semula, menurut Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI).

Jelajah 2021 akan bermula pada 26 Jun dan berakhir pada 18 Julai, enam hari sebelum perlumbaan lumba basikal Gunung Fuji dimulakan. Ia pada mulanya dijadual bermula pada 2 Julai di Copenhagen, Denmark.

Sukan Olimpik Tokyo dijadual berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos tahun ini tetapi ditangguhkan selama setahun ekoran pandemik COVID-19.

"Dengan Sukan Olimpik Tokyo diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, tarikh beberapa acara terpaksa diubah suai," menurut kenyataan UCI semasa melancarkan kalendar perlumbaannya untuk musim ini.

"Perlu diingatkan bahawa untuk mengelakkan pertembungan perlumbaan jalan raya Olimpik (24, 25 dan 28 Jul) dengan Tour de France (awalnya dijadual dari 2 hingga 25 Julai), perlumbaan di Perancis itu akan berakhir pada 18 Julai, hujung minggu sebelum hujung minggu pertama Sukan Olimpik. "

UCI turut mengumumkan bahawa Jelajah California dan RideLondon-Surrey Classic tidak akan menjadi sebahagian daripada kalendar barunya, yang terdiri daripada 35 acara.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan