Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tottenham Hotspurs naik ke tangga kedua dalam Liga Perdana England

Tottenham Hotspurs berada di tangga kedua dalam Liga Perdana England setelah mengalahkan Newcastle United pada Sabtu (2 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Tottenham Hotspurs naik ke tangga kedua dalam Liga Perdana England

Gol tunggal dijaringkan oleh pemain import Spurs dari Korea Selatan, Son Heung-min, pada minit ke-83. (Gambar: Matthew Childs/Reuters)

Diterbitkan : 03 Feb 2019 09:29PM Dikemas Kini : 03 Feb 2019 09:32PM

LONDON: Tottenham Hotspurs berada di tangga kedua dalam Liga Perdana England setelah mengalahkan Newcastle United pada Sabtu (2 Feb).

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh pemain import Spurs dari Korea Selatan, Son Heung-min, pada minit ke-83. Ia juga merupakan gol ke-9 Son daripada 10 perlawanan.

Menyusuli kemenangan ini, Spurs hanya berada empat mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Sementara itu, Chelsea pula membelasah Huddersfield 5-0.

Gonzalo Higuain dan Eden Hazard masing-masing menjaringkan satu gol dalam separuh masa pertama semasa perlawanan dengan kelab tangga bawah.

Dalam babak kedua, Higuain dan Hazard menjaringkan dua gol lagi manakala David Luiz menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-86.

Kemenangan itu mengurangkan tekanan kepada pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, selepas pasukannya kalah dua perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Ia termasuk kekalahan terburuk Chelsea dalam masa 23 tahun di Liga Perdana England semasa bertemu Bournemouth pada Rabu (30 Jan) apabila ia tewas 0-4.

Sumber : Reuters/AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan