Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tottenham Hotspur raih keuntungan lebih S$200 juta tahun lalu

Tottenham Hotspur meraih keuntungan bernilai S$200 juta selepas cukai tahun lalu, satu rekod dunia menurut kelab Liga Perdana itu pada Khamis (4 Apr) - sehari selepas perasmian stadium barunya yang boleh menampung seramai 62,000 penonton.

Anggaran Waktu Membaca:
Tottenham Hotspur raih keuntungan lebih S$200 juta tahun lalu

Gambar fail. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Apr 2019 12:47PM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 01:09PM

LONDON: Tottenham Hotspur meraih keuntungan bernilai S$200 juta selepas cukai tahun lalu, satu rekod dunia menurut kelab Liga Perdana itu pada Khamis (4 Apr) - sehari selepas perasmian stadium barunya yang boleh menampung seramai 62,000 penonton.

Dengan hasil pendapatan yang meningkat secara ketara disebabkan oleh penjualan para pemain, mengadakan perlawanan di Stadium Wembley dan Liga Juara-Juara Eropah, keuntungan Tottenham melebihi S$188 juta yang diraih Liverpool pada awal tahun ini.

Tottenham menjadi kelab pertama Liga Perdana England yang tidak membeli pemain semasa tempoh pemindahan pemain pada musim panas tahun lalu dan ia juga gagal menambah bilangan pemain pada Januari.

Kelab tersebut sepatutnya berpindah ke stadium barunya, sekaligus meningkatkan kos kepada S$1.77 bilion pada awal musim ini tetapi selepas beberapa penangguhan, perlawanan liga terus diadakan di Wembley.

Meskipun ia satu penantian yang mengecewakan, tempat duduk tambahan di Wembley membolehkan Tottenham untuk menjual lagi sekitar 340,000 tiket, menurut pengerusinya Daniel Levy.

Hasil pendapatan Tottenham meningkat dari S$550 juta kepada S$674 juta, dengan hasil pendapatan Liga Perdana meningkat dari S$34 juta kepada S$76 juta.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan