Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tottenham Hotspur potong gaji pekerja 20% angkara COVID-19

Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy berkata, kelab itu akan memotong gaji semua kakitangan bukan pemain sebanyak 20 peratus berikutan wabak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tottenham Hotspur potong gaji pekerja 20% angkara COVID-19

Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy.

Diterbitkan : 02 Apr 2020 08:58PM Dikemas Kini : 02 Apr 2020 09:03PM

ANKARA: Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy berkata, kelab itu akan memotong gaji semua kakitangan bukan pemain sebanyak 20 peratus berikutan wabak COVID-19.

"Semalam, selepas mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kos, kami terpaksa membuat keputusan sukar - dalam usaha melindungi pekerjaan - bagi mengurangkan gaji kesemua 550 pengarah dan kakitangan bukan pemain sebanyak 20 peratus bagi bulan April dan Mei," lapor agensi berita Anadolu memetik laman web kelab Liga Perdana England itu.

Keputusan tersebut dibuat ketika banyak lagi kelab bola sepak lain berdepan dengan kemelut akibat pandemik itu.

Pada Isnin, para atlit profesional Barcelona, termasuk pemain bola sepak, menerima cadangan untuk memotong gaji bagi membolehkan kakitangan bukan pemain terus mendapat gaji.

Gergasi bola sepak Eropah lain seperti Bayern Munich dan Juventus turut mengambil langkah bagi mengurangkan kos.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan