Images
  • dortmund
    Tottenham Hotspur menang besar dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund. (Gambar: Eddie Keogh/Reuters)

Tottenham belasah Dortmund 3-0

LONDON: Harapan Tottenham Hotspur untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara UEFA semakin cerah selepas pasukan itu menang besar dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund.

Pemain Korea Selatan Son Heung-min membuka tirai jaringan pada minit ke-47 sebelum gol jaringan Jan Vertonghen dan Fernando Llorente pada lewat perlawanan, meletakkan Spurs dalam kedudukan selesa 3-0.

Spurs bakal bertemu Dortmund di Jerman pada 5 Mac dalam perlawanan ulangan. Dortmund pernah menjuarai kejohanan tersebut pada tahun 1997.

Sementara itu, di Amsterdam, Marco Asensio memastikan Real Madrid menang 2-1 ke atas Ajax.

Sebelum itu, Karim Benzema membuka jaringan pada minit ke-60 untuk Real, tetapi Hakim Ziyech menyamakan kedudukan untuk Ajax pada minit ke-75.

Gol kemenangan Ajax disumbangkan oleh Asensio pada minit ke-87.

Kemenangan ini sekali gus meningkatkan peluang untuk Real cuba merangkul kejuaraan Eropah itu buat kali keempat berturut-turut. 

- APTN/AA/aq

Top