Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tokyo 2020 dedahkan pusat akuatik Olimpik

Penganjur Tokyo 2020 pada Khamis (21 Nov) mendedahkan kompleks bagi sukan renang, renang artistik dan terjun cantik bernilai AS$523 juta (S$712 juta). 

Anggaran Waktu Membaca:
Tokyo 2020 dedahkan pusat akuatik Olimpik

Pusat Akuatik Olimpik Tokyo boleh menampung 150,000 penonton. (Gambar: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2019 06:38PM Dikemas Kini : 21 Nov 2019 06:40PM

TOKYO: Penganjur Tokyo 2020 pada Khamis (21 Nov) mendedahkan kompleks bagi sukan renang, renang artistik dan terjun cantik bernilai AS$523 juta (S$712 juta). Kompleks itu juga boleh menampung 15,000 pengunjung bagi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik tahun depan.

Pembinaan sudahpun 90 peratus selesai di Pusat Akuatik empat tingkat itu dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung Februari depan, menurut para pegawai.

"Kami menyasarkan untuk membina sebuah tempat renang yang memenuhi piawai tertinggi dunia, dilengkapi dengan kemudahan terkini," kata pegawai tapak sukan Tokyo 2020, Daishuu Tone.

Kolam renang utama memaparkan sebuah tembok bergerak yang membolehkan kemudahan sepanjang 50 meter itu diubah menjadi dua kolam renang, masing-masing berukuran 25 meter. Kedalaman kolam tersebut juga boleh disesuaikan.

Bangunan tersebut menelan kos ¥56.7 bilion (S$711 juta) namun Tokyo mengharapkan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu selepas Sukan 2020 dengan menyasarkan untuk menarik sejuta pengguna setahun - 850,000 orang menerusi pertandingan renang dan lagi 150,000 sebagai pengguna riadah.

Penganjur juga mendedahkan Arena Ariake pada Khamis, sebuah tapak bernilai ¥37 bilion (S$464 juta) bagi sukan Olimpik bola tampar dan bola keranjang berkerusi roda.

Pembinaan di tapak utama, iaitu Stadium Negara bernilai ¥159 bilion (S$1.9 bilion), sudahpun selesai dan akan didedahkan dalam satu pembukaan gala pada 21 Disember ini.

Barisan pemuzik dan atlit-atlit berstatus bintang akan menyertai acara pembukaan tersebut dengan pelari pecut rekod dunia Usain Bolt bakal ditampilkan dalam acara pertunjukan larian berganti-ganti.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan