Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

TMJ sedia berdepan dengan Syed Saddiq di gelanggang bola sepak

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan kesediaannya untuk bertemu pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perlawanan bola sepak di Larkin.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ sedia berdepan dengan Syed Saddiq di gelanggang bola sepak

Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 12:26AM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 12:30AM

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan kesediaannya untuk bertemu pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perlawanan bola sepak di Larkin.

Cabaran itu diterima selepas seorang pengguna Twitter, @vijhayvick, membangkitkan soalan pertembungan pasukan Tunku Ismail dengan pasukan Syed Saddiq, pada Rabu (29 Mei).

Membalas kenyataan Twitter itu, Tunku Ismail mengatakan beliau bersedia menyertai perlawanan tersebut.

"Cabaran diterima, Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) akan dibuka untuk menentang pasukan ‘Picasso’. Pertembungan ini mesti berlangsung.

“Saya rasa, perlawanan ini perlu diadakan segera atau kita tunggu pasukan Man City (Manchester City) beli sebuah kelab Malaysia dahulu?” kata Tunku Ismail dalam catatan Twitternya.

Sumber : Agensi berita/ZM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan