Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tiger Woods dibenarkan pulang; proses pemulihan diteruskan

Pemain golf terkemuka Tiger Woods dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan pada kaki kanan dan pergelangan kaki menyusuli kemalangan kereta yang hampir membawa maut bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiger Woods dibenarkan pulang; proses pemulihan diteruskan

Gambar fail Tiger Woods beraksi di satu kejohanan golf di Amerika Syarikat.

Diterbitkan : 19 Mar 2021 09:13AM Dikemas Kini : 19 Mar 2021 09:16AM

WASHINGTON: Pemain golf terkemuka Tiger Woods dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan pada kaki kanan dan pergelangan kaki menyusuli kemalangan kereta yang hampir membawa maut bulan lalu.

"Saya sudah berada di rumah dan akan meneruskan proses pemulihan dan menjadi lebih kuat setiap hari," katanya dalam catatan di akaun Twitter miliknya pada Selasa (16 Mac).

Kemalangan di California menyaksikan pemenang Jelajah PGA 82 kali itu mengalami kecederaan serius dan persoalan mengenai kerjayanya mula timbul menyusuli nahas tersebut.

Bintang Amerika Syarikat berusia 45 itu, yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA serta Pusat Perubatan Cedars-Sinai, mengucapkan terima kasih kepada para petugas kesihatan serta peminatnya yang tidak putus-putus melakukan dan mendoakan yang terbaik untuknya.

"Saya sangat bersyukur dengan sokongan dan dorongan yang diberikan sepanjang saya terima rawatan," katanya.

Sepanjang kerjayanya, Woods mengalami beberapa kecederaan pada bahagian belakang dan lutut dan digelar sebagai pemain golf terbaik generasinya.

Jabatan Polis Los Angeles memaklumkan, siasatan ke atas kemalangan masih dijalankan namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan