Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tiada lagi amalan 'bedak' tiket bagi ahli politik

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menegaskan tiada lagi amalan “bedak” (agih) tiket kepada ahli politik yang menyebabkan penyokong tegar pasukan Kedah tidak dapat menyaksikan aksi penting pasukan gara-gara kehabisan tiket.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi amalan 'bedak' tiket bagi ahli politik

Encik Mukhriz menyampaikan ucapan pada Malam Ambang 100 hari Pakatan Harapan (PH). (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Aug 2018 09:12AM Dikemas Kini : 18 Aug 2018 09:17AM

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menegaskan tiada lagi amalan “bedak” (agih) tiket kepada ahli politik yang menyebabkan penyokong tegar pasukan Kedah tidak dapat menyaksikan aksi penting pasukan gara-gara kehabisan tiket.

Presiden KFA Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu diambil bagi memastikan peristiwa memalukan tahun lalu tidak berulang apabila tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan habis dijual dalam tempoh sejam.

"Apa sebabnya... kerana sebahagian tiket itu sudah ‘dibedak’ oleh ahli politik untuk diberikan sebagai sagu hati kepada penyokong mereka di setiap daerah sedangkan mereka bukan peminat tegar sukan bola sepak.

"Ini amat memalukan... bayangkan perasaan kecewa penyokong KFA yang tidak pernah terlepas menonton satu pun perlawanan tapi tahun lepas diperlakukan seperti itu, tak diberi peluang untuk membeli tiket," kata Encik Mukhriz.

Sehubungan itu Encik Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah memberi jaminan bahawa semua tiket akan dijual sama rata supaya semua peminat berpeluang menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan negeri itu.

Pada 1 Nov tahun lalu, ribuan penyokong Kedah berkumpul di hadapan pejabat KFA di Stadium Darul Aman bagi menyatakan kekecewaan kerana tidak dapat membeli tiket perlawanan akhir tersebut.

Kesemua mereka dimaklumkan tiket sebanyak 10,000 habis dijual pada 10.00 pagi walaupun empat kaunter dibuka hanya sejam sebelum itu.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan