Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Thailand, ASEAN intai peluang jadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034

Thailand sudah bersedia untuk melancarkan bidaan bersama negara-negara Asia Tenggara yang lain bagi menganjurkan Piala Dunia FIFA 2034, lapor agensi berita Thailand (TNA) yang memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Sukan, Pipat Ratchakitprakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand, ASEAN intai peluang jadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034

(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 03 Oct 2019 09:32PM Dikemas Kini : 03 Oct 2019 09:37PM

BANGKOK: Thailand sudah bersedia untuk melancarkan bidaan bersama negara-negara Asia Tenggara yang lain bagi menganjurkan Piala Dunia FIFA 2034, lapor agensi berita Thailand (TNA) yang memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Sukan, Pipat Ratchakitprakan.

Selepas mengadakan mesyuarat mengenai bidaan untuk menganjurkan pertandingan berprestij itu, Encik Pipat berkata Thailand bersedia membida bersama ASEAN sejajar dengan dasar Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha.

Sebuah jawatankuasa kerja yang diterajui oleh setiausaha tetap pelancongan dan sukan juga sudah ditubuhkan khusus untuk penganjuran temasya sukan tersebut.

ASEAN dianggotai Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Brunei.

Gabenor Penguasa Sukan Thailand (SAT), Kongsak Yodmanee, berkata setakat ini, belum ada padang bola sepak yang mematuhi piawai FIFA di negara itu.

Sungguhpun demikian, stadium sedia ada boleh dinaik taraf dan sebuah stadium baru akan dibina di Chon Buri sebagai persiapan negara itu untuk menganjurkan Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2026.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan