Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tersilap buat pusingan, pasukan Olimpik Khas S'pura terlepas peluang rangkul pingat

Sedang rakan pelari yang lain berdiri di podium dengan tersenyum lebar merangkul pingat masing-masing, atlit istimewa Singapura Ahmad Sutrisno Suratman dan Lim Boon Chin hanya berdiri di tepi, dengan mata merenung kosong. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tersilap buat pusingan, pasukan Olimpik Khas S'pura terlepas peluang rangkul pingat

Para atlit Ahmad Sutrisno Suratman (kiri) dan Lim Boon Chin. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 16 Mar 2019 10:54PM Dikemas Kini : 16 Mar 2019 10:58PM

ABU DHABI: Sedang rakan pelari yang lain berdiri di podium dengan tersenyum lebar merangkul pingat masing-masing, atlit istimewa Singapura Ahmad Sutrisno Suratman dan Lim Boon Chin hanya berdiri di tepi, dengan mata merenung kosong.

Mereka sudah berlari dengan pantas, berusaha gigih dan menamatkan larian dengan masa yang baik. Bagaimanapun harapan mereka untuk merangkul pingat hancur kerana tersilap membuat pusingan.

Pasangan itu bertanding dalam divisyen M1 Olimpik Khas separuh maraton pada Sabtu (16 Mac). Ahmad dan dan Lim menunjukkan prestasi yang baik dan mempunyai peluang merangkul pingat di Abu Dhabi.

"Berdasarkan larian mereka pada pusingan pertama, Ahmad dan Lim dijangka dapat menamatkan perlumbaan itu dengan baik. Mengikut jangkaan, mereka dapat menamatkan maraton itu dalam masa dua jam 20 minit," menurut ketua jurulatih Norman Koh.

Bagaimanapun satu pusingan salah untuk meneruskan laluan larian sepanjang 2.5 kilometer itu bermakna Ahmad dan Lim menamatkan pelumbaan sejam lebih awal daripada sepatutnya.

Para pemerhati di tepi laluan melihat pasangan itu membuat pusingan salah, tetapi gagal memberitahu mereka, menurut Encik Koh.

"Saya sedang menunggu di garis penamat dan mereka sampai sejam lebih awal," kata Encik Koh. "Saya tidak faham bagaimana ini berlaku dan hanya ingin meraikan kejayaan mereka menamatkan maraton itu. Bagaimanapun saya mula sedar bahawa tidak mungkin mereka dapat habis seawal itu.

"Saya berasa sedih, kerana mereka sudah banyak meluangkan masa berlatih bagi mempersiapkan diri bagi acara ini. Perlumbaan ini adalah salah satu acara terbesar dalam kehidupan mereka."

Bagaimanapun bagi Ahmad dan Lim, peluang merangkul pingat hanya suatu bonus dan bukan matlamat utama mereka, menurut Encik Koh.

"Apa yang kita buat adalah untuk memberikan yang terbaik. Jika ia memperoleh hasil yang baik, itu suatu bonus," kata Encik Koh, yang sudah menjadi jurulatih mereka selama lima tahun. "Perjalanan dalam mempersiapkan diri bagi acara maraton itu lebih penting daripada keputusannya."

Kedua-dua Ahmad dan Lim mempunyai kecacatan intelektual, dan perlu berdepan dengan cabaran kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka dan kehidupan baru yang asing.

Peluang menyertai sukan seperti acara maraton memberi pasangan itu peluang untuk mengasah bakat dan pengalaman hidup, tambah Encik Koh. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan