Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Teong Tzen Wei kalahkan juara bertahan Joseph Schooling dalam acara 50m gaya kupu-kupu

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, Teong Tzen Wei menewaskan Joseph Schooling untuk merebut pingat emas acara 50 meter gaya kupu-kupu lelaki di Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Teong Tzen Wei kalahkan juara bertahan Joseph Schooling dalam acara 50m gaya kupu-kupu

Para perenang Singapura, Joseph Schooling (kanan) dan Teong Tzen Wei selepas acara akhir gaya kupu-kupu 50m di Sukan SEA 2019. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 10:45PM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 10:46PM

NEW CLARK CITY: Dalam satu keputusan yang mengejutkan, Teong Tzen Wei menewaskan Joseph Schooling untuk merebut pingat emas acara 50 meter gaya kupu-kupu lelaki di Sukan SEA.

Teong mencatatkan masa 23.55 saat.

Schooling yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, ketinggalan 0.06 saat. Rekod Sukan Asia dan Sukan SEA yang dipegangnya bagaimanapun tidak dipecahkan.

Sebutir lagi pingat emas dimenangi oleh perenang Elena Lee Na Pedersen dalam acara 50 meter gaya lentang.

Perenang berusia 15 tahun itu menamatkan perlumbaannya dengan catatan 29 minit 40 saat.

Dalam kategori kuak dada 200 meter wanita pula, Christie May juga merangkul emas.

Christie bahkan turut mencatat Rekod Sukan SEA, Rekod Kebangsaan dan Rekod Terbaik Peribadi yang baru. Ia merupakan pingat emas pertama dalam kategori tersebut bagi Singapura sejak 2007.

Pasukan wanita Singapura meraih pingat emas keempat bagi acara renang 4x200 meter gaya bebas.

Mereka muncul juara meskipun mendapat saingan hebat daripada Thailand, dengan mencatat masa 8 minit 7 saat.

Team Singapore juga mencatat rekod Sukan SEA dan nasional yang baru.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle.

Lungsuri toggle.sg/seagames2019 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/MM/UR/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan