Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tennis: Kesihatan dulu, ranking kemudian kata Nadal setelah jalani pembedahan kaki

Bintang Sepanyol Rafael Nadal menegaskan pada Selasa (1 Jan) bahawa beliau tidak mengejar untuk dinobatkan pemain terbaik di dunia sedang beliau membuat persediaan untuk bertanding semula. Ini beliau setelah menjalani pembedahan di pergelangan kakinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tennis: Kesihatan dulu, ranking kemudian kata Nadal setelah jalani pembedahan kaki

Rafael Nadal. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 12:08AM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 12:11AM

BRISBANE: Bintang Sepanyol Rafael Nadal menegaskan pada Selasa (1 Jan) bahawa beliau tidak mengejar untuk dinobatkan pemain terbaik di dunia sedang beliau membuat persediaan untuk bertanding semula. Ini beliau setelah menjalani pembedahan di pergelangan kakinya. Menurut Nadal, menjaga tubuhnya adalah keutamaannya.

Pemain tenis itu yang kini di ranking kedua di dunia sudah tidak bertanding dalam kejohanan-kejohanan utama dunia sejak masalah di lututnya memaksanya berhenti bermain semasa peringkat separuh akhir Terbuka AS ketika bertarung dengan Juan Martin del Potro pada September.

Atlit berusia 32 tahun itu menjalani pembedahan di bahagian pergelangan kakinya pada November dan hanya mula berlatih tiga minggu lalu.

Beliau bermain di pusingan pembukaan di sebuah acara pameran di Abu Dhabi minggu lalu, di mana beliau ditewaskan warga Selatan Afrika, Kevin Anderson, dan mula bersiap sedia pada pusingan kedua kejohanan Antarabangsa Brisbane pada Khamis.

Juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu berkata beliau tidak bimbang tentang kedudukannya di peringkat dunia sejak dua tahun lalu.

"Saya mahu mahu merasakan saya bertanding setiap minggu, bahawa saya berada di dalam gelanggang. Dan saya mahu terus berjuang untuk perkara yang membuatkan saya bersemangat, yang memotivasi saya," menurutnya.

"Jadi, saya tidak akan (mengejar) untuk menjadi Nombor 1 kerana ia bukan matlamat utama saya," tambah beliau.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan