Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tennis: Federer beri tumpuan kepada masa depan dengan penaja baru Uniqlo

Roger Federer mengatakan pada Selasa (2 Okt) keputusannya untuk mengakhiri ikatannya dengan Nike dan mulakan satu lembaran baru bersama Uniqlo dipengaruhi oleh komitmen syarikat baju Jepun untuk kekal bersamanya setelah beliau bersara nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Tennis: Federer beri tumpuan kepada masa depan dengan penaja baru Uniqlo

Roger Federer. (Gambar: Danielle Parhizkaran/Reuters)

Diterbitkan : 02 Oct 2018 11:44PM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 11:47PM

TOKYO: Roger Federer mengatakan pada Selasa (2 Okt) keputusannya untuk mengakhiri ikatannya dengan Nike dan mulakan satu lembaran baru bersama Uniqlo dipengaruhi oleh komitmen syarikat baju Jepun untuk kekal bersamanya setelah beliau bersara nanti.

Meskipun tiada butiran kewangan diumumkan, laporan-laporan media menyatakan bahawa perjanjian baru itu akan bernilai sekitar AS$30 juta (S$41 juta) setahun, berbanding perjanjian bernilai AS$10 juta (S$14 juta) yang Federer ada dengan Nike.

Pemain Tennis berusia 37 tahun itu, yang sudah muncul juara sebanyak 20 kali, memberi isyarat ikatannya dengan Nike sudah berakhir pada Julai apabila beliau memasuki gelanggang Wimbledon, dengan pakaian berjenama Uniqlo.

Federer berkata bahawa keyakinan yang ditunjukkannya oleh CEO Uniqlo Tadashi Yanai dan Pengarah Eksekutif Kreatif John Jay memainkan peranan utama.

Dengan melibatkan Federer dalam pakaian LifeWear, Uniqlo melihat pemain Swiss itu sebagai juga duta di luar gelanggang.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan